Thursday, December 31, 2015

Tahun 2016

Tahun baru 2016 tahun harapan. Walaupun dengan isu-isu semasa yang semakin hari semakin menakutkan kita pada sebelumnya, ia tidak akan melemahkan kita untuk terus bersama  menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tahun 2016 ini juga PMIKTG akan menyediakan program  yang ilmiah yang bersesuaian dengan title kita sebagai mahasiswa. Selain dari itu, program-program kami juga akan membawa semua pelajar kolej untuk lebih dekat dan selesa bersama kami. Kebersamaan kami juga tidak tersekat kepada  pelajar non-muslim untuk hadir ke semua program kami. Ini bersesuaian dengan sloga kami ' PMI UNTUK SEMUA'.

PMIKTG menyeru kepada semua warga kolej muslim khususnya untuk terus bersama kami dalam menegakkan syiar dan maqosid islam itu sendiri untuk kolej. Siapa lagi kalau bukan kita untuk menjadi pembantu agama Allah ini. Insyallah bersama kita berusaha untuk meraih syurga-Nya.

-PMI UNTUK SEMUA-

Mohd sabirin
President

Wednesday, December 30, 2015

Niqabis Hipster

|| Niqabis Hipster ||

Rata-rata rakyat marhaen yang marah tentang niqabis hipster semuanya disebabkan mencampur adukkan pakaian para isteri Rasulullah dengan pakaian barat. Katanya menghina sunnah. Sebelum tu, jom kita check dulu pakaiannya. Adakah ianya memang menyalahi syariat Islam atau sebaliknya?

1. Tudung

Tudungnya adakah singkat sehingga menampakkan dada, leher dan rambut..? Kalau ya, memang perlulah kita tolak jauh-jauh. Memang tak sepatutnya berniqab sedangkan pakaian dan penutupan aurat yang wajib masih lagi gagal. Sebenarnya, terlalu banyak kali saya lihat fesyen begini. Tak kurang juga dari kalangan artis yang berpakaian sebegini di majlis parti isteri kepada seorang ahli bisnes terkenal tanah air. Rata-ratanya, kehipsteran tu dilihat melalui pakaian yang mencolok mata, ketat seluarnya dan memakai tight, tapi muka bertutup niqab dan mata dipenuhi dengan solekan mata dan lens berwarna yang sememangnya berlebihan.

2. Baju

Adakah baju si niqabis hipster ni ketat sehingga menampakkan bentuk badan? Adakah pakaiannya nipis sehingga boleh see through 'anak baju'? Kalau tidak, mengapa ini menjadi persoalan? Mengapa mesti ada yang melenting? Adakah aurat kita akan tertutup hanya dengan berjubah dan bertudung labuh ala-ala ustazah? Adakah berconverse dan bersneakers itu dilarang? Adakah dengan bersneaker, aurat kakinya terdedah?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"

(Al-Hujurat : 12)

Jelas dalam firman Allah di atas ni, Allah sangat menegaskan bahawa mencari-cari kesalahan orang lain ini sangatlah dilarang. Hipster? Hipster tu orang yang mengikut trend dan fashion terkini. Dari pemerhatian diri yang kerdil ni, tiada lagi isu mencampur adukkan pakaian sunnah dengan pakaian barat seperti yang digembar gemburkan oleh ramai muslim dalam isu niqabis hipster ini. Adakah menutup aurat hanya sah jika berjubah dan bertudung ustazah bidang 60? Tak boleh berconverse dan bersneakers serta dilarang berkasut tumit? Tolong ya, jangan membuatkan Islam tu nampak sukar.

Jangan kerana diri mereka berbeza dari kita, kita memandai-mandai menfatwa perkara tu haram. Jangan kerana kita memakai fully black, kita menghukum orang yang berwarna-warni tu berdosa besar. Jangan kerana kita tidak bercelak, kita mengutuk mereka yang bercelak. Dalam isu niqab berwarna-warni misalannya, sebenarnya terlalu banyak dalil yang membenarkan umat untuk memakainya. Tapi, dek kerana segelintir individu yang jumud, mereka gemar menolak segala pendapat lain dan merasakan diri mereka betul. Betapa sombongnya. Allahu

Tidakkah mereka ketahui bahawa dalil-dalil tu bukan hujah logik dari kalangan rakyat marhaen? Tidak tahukah mereka bahawa hujah-hujah itu semuanya dari kitab-kitab yang diulas oleh para ulama' serta bersandarkan pda hadis-hadis sahih dan hassan dari Rasulullah SAW? Pakailah apa warna sekalipun asalkan tidak over. Pakai hitam juga benar atas dalil-dalilnya yang tersendiri dan pakai berwarna juga boleh dan tidak ditegah bersandarkan dalil-dalilnya yang tertentu juga.

Nak kaa berwarna-warni tu menarik perhatian? Bukankah memakai serba hitam juga boleh menjadi tumpuan orang awam di tempat awam? Bukankah fesyen jubah yang pelbagai itu juga boleh membuatkan orang yang memandangnya tertarik? Logikkan????

Bersangka baiklah dengan mereka. Mungkin mereka memakai selain dari warna hitam sebab arahan ibunya. Mungkin juga arahan suaminya. Who knows? Kita jangan terlalu cepat menghukum tanpa tabayyun iaitu tanpa memahami keadaan dan situasi orang lain.

Kadang-kadang, kita ni gemar mempersoalkan isu-isu yang remeh. Isu-isu yang hanya menyebabkan perpecahan umat. Kita tak sedar bahawa orang lain jauh banyak ilmunya dari kita. Kita tak sedar betapa tingginya kefahaman orang lain terhadap ilmu-ilmu yang dituntutnya. Kita tak sedar betapa hebatnya guru-guru mereka yang talaqi. Kita ni sombong dan gah dengan diri sendiri sehingga merasakan diri kita betul dan orang lain salah.

Muslimat, sudah-sudahlah.... Hentikanlah nak mempersoalkan isu yang tak ke mana ni. Nak kata wajib pakai hitam, syiah dan kristian ortodoks pun berlambak-lambak yang pakai niqab dan burqa berwarna hitam. Tapi, akidahnya jelas jauh dari Islam. Pokok pangkal yang paling penting adalah akidah kita. Tahap keimanan kita. Janganlah gemar memandai-mandai nak menunjuk pandai dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa sendiri.

Konsep menutup aurat ni mudah. Pakai baju longgar, tak ketat, tak nipis dan labuh dah cukup. Tak perlu kita menjadi seorang yang terlalu gemar mengkritik orang-orang sekeliling hanya disebabkan mereka sedikit berbeza dengan gaya kita. Janganlah kita gemar menjadi hakim di dalam mahkamah dunia yang hanya tahu menghukum kesalahan dan dosa-dosa orang lain.

Mungkin ada sesetengah golongan yang bertutup wajah tapi pakaiannya masih ketat, jarang dan nipis. Yang tu memang perlu kita bertegas. Marah dan bencikanlah kelakuannya, bukan membenci orangnya. Semua orang pernah buat silap. Semua orang ada dosa. Kita semua kan pendosa. Ayat yang agak cliche kan? Tapi tu lah.. Kita ni, gemar menegur dengan cara mengherdik. Tapi, kesan teguran kita tak terkesan langsung pada mereka (mad'u)

Tak bolehkah berlembut dalam bicara? Menegur dengan sopan dan bertauliah tanpa perlu menggunakan kata-kata cacian serta makian. Inikah dakwah yang diajar oleh Rasulullah SAW? Inikah adab kita sebagai seorang yang kononnya mengakui mencintai sunnah baginda SAW? Malu weh..! Malu sangat.. Kata-kata tu semuanya dusta sebab Kita hanya berkata tapi langsung tiada mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.

Kita gemarkan dakwah, kita gemar orang tegur kita dengan sopan, tetapi kenapa bila tiba waktu untuk kita menegur dan menasihati orang lain, kita umpama seorang yang tidak berilmu? Kenapa tiba-tiba hilang adab dan akhlak? Kenapa kita gemar sangat menerakakan orang? Kenapa tak berhikmah dalam menasihati orang lain, sedangkan mereka itu masih beragama Islam? Sedangkan dengan Firaun yang zalim tu pun, Allah mengarahkan RasulNya untuk bercakap lembut, apatah lagi kita yang sesama Islam ni..!

Saya bukanlah menyebelahi mereka yang bergelar niqabis hipster ni.. Sungguh saya sendiri berpakaian seperti mereka. Bukan bangga, tapi saya lebih selesa dan berasa selamat dengan berjubah dan ber'sneaker' namun tidak terlalu berlebihan. Dan berbekalkan sedikit ilmu yang dituntuti inilah, saya cuba untuk beramal dengannya.

"Aku dah tegur dia dah, tapi dia tak nak dengar"

Tegur yang macam mana tu..? Tegur sekali dua pastu give up..? Tegur 2 3 hari lepas tu cakap tiada harapan nak berubah..? Tegur dengan cara memaksa mereka untuk menerima teguran kita..?

Cemana la mereka nak ikut cakap dan cara kita kalau cara kita sendiri 'bengkok'.. Cakaplah elok-elok.. Manusia ni fitrahnya suci, gemarkan kebaikan.. Jadi, kalau tegur secara kasar, ada kesan ke..? Ya, memang ada.. Hati mereka akan rasa geram dan menyampah dengan kata-kata kasar kita.. Bila dia dah benci, maka hati dia makin gelap dek kebencian dia terhadap kita.. Bila hati dia dah gelap, nur dan teguran sukar diterima.. Nampak tak kaitannya tu..?

Batu yang berterusan dititisi oleh titisan air tetap akan terhakis.. Tetapi, batu yang ditimpa dan dititisi air sebesar air terjun tetap akan sama bentuknya, tidak akan terhakis tetapi akan semakin berlumut..

Nak tanya sikit.. Kalau orang tegur dan marah-marah, maki hamun mengenai salah silap kita, kita marah tak..? Kita suka tak kalau orang guna kata-kata yang kesat apabila berbicara dengan kita..? Peliklah kalau ada yang suka.. Tak pernah jumpa lagi orang sedemikian.. Tapi, rata-rata mesti sentap habis kan kalau kena macam tu..? Mesti ada deep feeling gitu kan..? 

Haaa, see.. Kita sendiri kalau boleh bila kita buat salah, kita nak orang tegur kita sebaiknya.. Bimbing kita.. Betulkan salah kita dengan cara yang molek dan hikmah.. So, cemana kita nak orang tegur kita dengan baik, macam tu jugalah kita perlu nasihati orang lain..

"What you give, you get back"

Nak orang buat baik pada kita, kita buat baik pada orang dulu.. Nak orang tolong kita time susah, kita banyakkan tolong orang ketika mereka sedang susah.. Jangan persoalkan kenapa kita sering dibalas sampah walhal sebelumnya kita juga berkelakuan sampah pada orang lain..! Tak nak orang mengumpat kita, jangan kita mengumpat orang.. Kadang-kadang, kita sering mempersoalkan kenapa orang selalu buat jahat pada kita, padahal kita sendiri yang tak sedar bahawa kita pun ada buat jahat pada orang lain.. Saya sendiri bukanlah orang yang baik.. Masih berusaha untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, insyaaAllah wa biiznillah..

Jadi, stoplah berdakwah style menyentap orang ni.. Tak memberi manfaat pun malah buat dosa kering je sebab kita tewas dengan nafsu amarah.. Tiada dalil dalam quran mahupun hadis yang membenarkan kita menyakiti saudara-saudara kita yang lain.. Yang ada, semuanya menegur dengan hikmah dan beradab.. Cukuplah sekadar bertegas dalam teguran dan bukannya berkasar

Wallahualam

- DR.HZ -

Monday, December 28, 2015

Dasar PMIKTG

Bismillah walhamdulillah.
Dalam persatuan ini kita perlukan sesuatu untuk kita capai iaitu melalu dasar pemimpin yang mengerakaan persatuan ini.

‘Keilmuan,kebersamaan dan istiqamah’

Keilmuan

Islam itu sendiri mementingkan ilmu malah memuliakan orang yang berilmu. Ilmu itu adalah pendahuluan kepada amal. Dalam ilmu lahirnya hakikat iman. Kira rujuk kembali sirah nabi sendiri tika mana beliau masuk ke musolah dan ditanyakan kepadanya oleh sahabat ‘yang mana satukah yang baik’ perbandingan antara majlis ilmu dengan majlis zikir yang sedang berlaku dalam musola tersebut. Baginda pun menjawab ‘kedua-duannya baik’ lalu baginda pun terus menuju ke majlis ilmu tersebut. Kisah ini menunjuakan rasulullah itu sendiri mementingkan ilmu. Malah dengan ilmu juga kita dapat memberis sumbangan/manfaat kepada mereka yang kita gelar sebagai mad'u.

Seterusnya,

Kebersamaan

Kebersamaan ini lebih kepada kita bersama org sekeliling kita. Dasar ini juga adalah menunjukan cara kita mendekati/bersama kita punya mad’u. PMI tidak memilih org untuk berdakwah. Malah lebih terbukan untuk bersama orang sekeliling. Hamka dalam bukunya ‘Falsafah Hidup’ tertulis ‘Amat rendah orang mengambil ilmu itu tidak buat menolong’. Kreatif dalam berdakwah itu perlu tetapi buakn untuk ibadah kerna akan jadi bid’ad.

Akhir sekali,

Istiqomah

Dengan kedua-dua dasar yang ditersebut maka langkah seterusnya untuk kita teruskan perjuangan dakwah ini adalah istiqomah. Beristiqomah dengan ilmu yang ada dah terus untuk menambah baik ilmu tersebut. Dan untuk kebersamaan, teruskan beristiqomah bersama mad’u yang berbeza latar belakang dengan pelbagai ragam dan dengan ilmu skali gus boleh memberi kesan kepada mereka walaupun sedikit supaya untuk mereka kenal bagaimana islam apabila diluar. Bukan hanya ke surau, masjid dan tidak bergaul dgn orang lain selain dari mereka.
Moga denga dasar yang saya bawak ini boleh membantu pimpinan khususnya dan termasuk dai’e lain yang berada di kolej ini untuk terus bersemangat meneruskan perjuangan dakwah ini. Insyallah. Siapa lagi yang nak ubah kalau bukan bermula dari diri kita sendiri.

Waallahualam

Mohd Sabirin saat | Presiden 15/16
Keilmuan| Kebersamaan | Istiqomah

Aku Bukan Ustazah!

Kadang aku pun tak mampu tahan nafsu,
Kadang aku pun 'ter'lepas cakap,
Kadang aku pun 'ter'gelak bahak,
Kadang aku pun 'ter'mengumpat,
Kadang aku pun 'ter'bergaul dengan lelaki bukan muhrim,
Kadang aku pun 'ter'sakitkan hati orang,
Kadang aku pun 'ter'lupa daratan,
Kadang aku pun 'ter'lupa suruhan Tuhan,
Kadang aku pun 'ter'ikut perangai syaitan,
Kadang aku pun 'ter'lupa yang aku tak patut buat benda kat atas ni semua.

Kenapa ya?
Emm karena.....

Aku bukan manusia sempurna,
Aku bukan nabi,
Aku bukan malaikat,
Aku bukan bidadari syurga,
Aku bukan ulamak Islam,
Aku bukan ustazah.

Tapi aku cuba,
Aku cuba pilih jalan,
Yang boleh bawa aku ke arah kebaikan,
Nak atau taknak,
Baik atau buruk,
Ikhlas atau tak,
Semua atas diri aku.

Aku pilih bertudung labuh,
Bukan sebab mahu berlagak alim,
Aku masih kosong,
Masih gigih menuntut ilmu,
Masih kelabu pandanganku,
Masih jauh perjalananku,
Masih jauh tempat yang ingin ku tuju.

Maafkan aku,
Sekiranya tidak dapat menjawab soalan soalan kalian.
Aku bukan ustazah.
Aku bukan orang alim yg tinggi ilmunya.

Ya aku masih kosong.
Namun,
Aku pilih untuk menutup aurat dan melabuhkan tudung,
Karena aku sedang memilih,
Memilih siapa yang selayaknya melihat auratku.
Yang selayaknya menyentuhku.
Yang selayaknya membimbingku.
*Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamerkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita.  [Surah an-Nur, Ayat-31]

Ya aku tak mungkin sempurna,
Namun,
Aku memilih untuk menulis puisi puisi islamik,
Karena aku sedang mencuba,
Mencuba untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain,
Mencuba untuk menyampaikan potongan potongan ayat berbaur dakwah,
Mencuba untuk menegur diri aku sendiri,
Mencuba untuk menasihati manusia sekeliling.

*Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Maaf kalau aku tak mampu.
Maaf aku tak sempurna.
Maaf dariku buat kalian.

- DR.HZ -

Thursday, December 17, 2015

Kupiah

-Berkata baek-

Acap kali kita dgr org kata 'dia tu pakai kupiah, sembhyg kat surau tp memaki org!'

Itu sama skali dah mencacatkan pandangan org terhadap 'org islam'.

Kenapa ini berlaku?? Sbb solatku, ibadahku BUKAN KERANA ALLAH!!

Sebab itu apabila kita berada dikalangan org kita (islam) kita akan pentingkan MAQASID daripada SYIAR itu sendiri. Melainkan kita bersama org non muslim sbb menjaga expectation mereka.
Maqasid=dalam
Syiar=luaran

Masalah seperti ni berlaku kerana perubahan kita (keseluruhan) bukan dari hati kita sendiri atau kata lainnya tidak ikhlas kerana Allah. Hnya untuk org pandang. Adakah itu cara kita raih redha Allah?? Tidak!!

Org lakukan kerana Allah tak akan kesah apa org pandang/kata, yg penting pandngn Allah pada diri itu sendiri.

Inilah dunia. Kita sentiasa ditipu, tertipu dek kerana kemanisan inti dunia.

Tapi, Allah maha pengampun. Pintu sentiasa terbuka untuk yang mendahagakan pengampunan Nya.

Belajarlah untuk ikhlas, kerana dari situ kita mengenal siapa itu insaf.

Ubat hati dgn ilmu.

-budakbaek-

Jihat

Mata hati adalah tempat pandangan Allah. Untuk membangun diri sebagai seorang dai'e jangan dilupa mentarbiah hati. Tarbiah rohaniah harus dibangunkan terlebih dahulu sebelum menyusul tarbiah jasadiah. Baginda Nabi SAW membangun tarbiah rohaniah ini 13 tahun lamanya dibumi Makkah. Teruskan berjuang Ikhwan dan akhawat sekalian kerna Allah itu tidak tidur untuk memandang gerak kerja yang anda usahakan.

Siiru 'ala barakatillah....