Wednesday, March 30, 2016

Apa itu Pendakwah?

Siapa pendakwah? Pendakwah ni mereka yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَأَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Maksudnya:

Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin."

Hadith diatas menyatakan bahawa kita sebagai seorang islam ni perlu sedar bahawa kita semua adalah pemimpin. Dari kita sahaja yang ingin belajar mengenainya atau tidak (pemimpin). Selain itu ia bermaksud sesiapa sahaja yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, dia wajib berdakwah. Bukan sahaja mereka yang dari sekolah agama, tahfiz atau universiti yang ada Islam pada namanya sahaja yang perlu berdakwah. Tak! Jangan sempitkan fikiran kita untuk berfikir sebegitu.

Kita lihat sendiri pada bagaimana permulaan Rasulullah mendapat wahyu Allah. Baginda tidak pandai langsung untuk membaca, dan dipaksa sehingga baginda membaca. Ini boleh menjadi pengajaran kepada kita dan pendorong untuk kita terus kehadapan mencari ilmu Allah dalam dunia ini.

Wednesday, March 23, 2016

Ketenangan Hakiki

KETENANGAN HAKIKI

Seorang bertanya bagaimanakah dapat hendak kita mencari ketenangan hakiki?
Ketenangan, ketenteraman jiwa yang sebenar hanya Allah yang beri. Hanya insan yang benar-benar mendampingi Allah akan menikmatinya.

'Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah,
padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubung denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah,larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, pada nya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya dan keikhlasan yang Bear kapdaNya.' ibn qayyim al jauziyyah,(madarij al-salikin)

Itulah penawar untuk jantung hati insan. Kita ni hanya perantau dunia yang pasti akan pulang semua ke pangkuannnya.

Dunia ini hanya ladang bagi meraik keberkatan dan keredhaan Nya di sana kelak. Sedarilah.... apa yang kita fikirkan , apa yang kita lakukan, imanlah yang pasti menjadi tunjang haluan. Jadi corakanlah iman agar sentiasa berpaksikan pada Ilahi. Iman buka n mudah di cari, namun usaha ke arahnya tetap dikira sebagai ibadah untuk kemudian hari.

Manusia mungkin boleh menawar harta, pangkat, wanita tetapi belum tentu kebahagian itu sama dengan apa yang Allah bagi.
Seseorang yang tinggal dirumah besar belum tentu lebih bahagia dan tenteram jiwa daripada seseorang yg tinggal dirumh usang dan buruk. Seorang wanita yang suamikan orang kaya belum tentu lebih bahagia berbanding wanita bersuami biasa.

Kita tidak dapat tahu  cabaran dan ujian yang akan datang. Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan, namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa kita kerana sakinah asalah kurniaan Allah yang diturunkan dalam jiwa mukmin. Mungkin kita tidak dapat bersaing dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatan nya, tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah(ketenangan) jika kita meminta, memohon, dan mencari di sisiNya.

BudakBaik