Wednesday, March 23, 2016

Ketenangan Hakiki

KETENANGAN HAKIKI

Seorang bertanya bagaimanakah dapat hendak kita mencari ketenangan hakiki?
Ketenangan, ketenteraman jiwa yang sebenar hanya Allah yang beri. Hanya insan yang benar-benar mendampingi Allah akan menikmatinya.

'Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah,
padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubung denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah,larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, pada nya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya dan keikhlasan yang Bear kapdaNya.' ibn qayyim al jauziyyah,(madarij al-salikin)

Itulah penawar untuk jantung hati insan. Kita ni hanya perantau dunia yang pasti akan pulang semua ke pangkuannnya.

Dunia ini hanya ladang bagi meraik keberkatan dan keredhaan Nya di sana kelak. Sedarilah.... apa yang kita fikirkan , apa yang kita lakukan, imanlah yang pasti menjadi tunjang haluan. Jadi corakanlah iman agar sentiasa berpaksikan pada Ilahi. Iman buka n mudah di cari, namun usaha ke arahnya tetap dikira sebagai ibadah untuk kemudian hari.

Manusia mungkin boleh menawar harta, pangkat, wanita tetapi belum tentu kebahagian itu sama dengan apa yang Allah bagi.
Seseorang yang tinggal dirumah besar belum tentu lebih bahagia dan tenteram jiwa daripada seseorang yg tinggal dirumh usang dan buruk. Seorang wanita yang suamikan orang kaya belum tentu lebih bahagia berbanding wanita bersuami biasa.

Kita tidak dapat tahu  cabaran dan ujian yang akan datang. Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan, namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa kita kerana sakinah asalah kurniaan Allah yang diturunkan dalam jiwa mukmin. Mungkin kita tidak dapat bersaing dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatan nya, tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah(ketenangan) jika kita meminta, memohon, dan mencari di sisiNya.

BudakBaik

No comments:

Post a Comment